Kisah yang amat menyentuh...biar ndak hilang tak copas di sini...
Di
sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang
mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar
& berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin
menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.
Sebelum
menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya.
Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk
tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak
itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak
tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal
surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
“Ya,”
jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu
pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya
lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”
Ternyata
anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya
semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah
yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak
kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan.
Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku,
adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah
hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas
mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau
kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin
berkenalan dengannya”.
Esok
harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama
ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut,
si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang
alim, kehormat & pandai.
Belum
sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya
tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak
ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak
kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih
mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan
saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”
Ibu
mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing
anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan
itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada
mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah
yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan
berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang
hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah
keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya
seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita
anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan.
Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.
Apatah
lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an.
Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan
rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah
mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama
dengan seribu lelaki.”
Ya,
perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat &
perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak,
adalah tidak mudah. Hanya orang – orang yang punya kemahuan &
motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah
kesolehan diri. Tidak ada yang lain.
Ibu
si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang
mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah
contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum
lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak
wanita.
Dengan
menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti
sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana
hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah
wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari &
Muslim).
Perempuan
yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak
memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap.
Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk
mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih
janin.
Dalam
keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu
meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang
ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan
itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah
anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat
mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.
Rujukan dari sebuah majalah TARBAWI ” MENUJU KESOLEHAN PERIBADI & UMAT”
**Subhanallah Subhanallah Subhanallah!
No comments:
Post a Comment